Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, August 25, 2011

RM113 juta: Nasri kini milik Man City


Akhirnya, Nasri jadi juga pindah ke Manchester City.............

ARSENAL, kelmarin bersetuju menjual pemain tengah Perancis, Samir Nasri kepada musuh Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan nilai perpindahan £24 juta (RM113 juta).

Kelab The Gunners membenarkan pemain berusia 24 tahun itu berkunjung ke Manchester bagi ujian perubatan.

“Perpindahan itu bergantung kepada laporan perubatan dan proses pendaftaran formal,” kata kenyataan di laman web Arsenal. Nasri beraksi untuk Arsenal selama tiga tahun selepas berpindah dari Marseille.


Samir Nasri dikecam oleh pemain baru Gunners selepas bintang Perancis itu meninggalkan Arsenal untuk Manchester City kerana mengejar tawaran yang lumayan.

Emmanuel Frimpong, 19, membidas Nasri yang bakal menerima gaji 175,000 pound (RM859,769) seminggu.

Pemain tengah, Frimpong menerusi laman sosial Twitter berkata: "Wang merupakan akar umbi kepada semua kejahatan."

Kenyataannya itu dibuat selepas Arsenal mengumumkan perpindahan pemain itu menerusi laman web rasmi kelab tersebut, kelmarin.

Bintang baru Gunners itu dibuang padang sewaktu menentang Liverpool, Sabtu lalu masih marah terhadap keputusan Nasri, sehari selepas rakan sepasukan, Jack Wilshere mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain itu.

Wilshere berkata: "Selamat berjaya kepada rakan saya Nasri. Saya belajar banyak daripadanya. Dia merupakan pemain berkelas dunia. Kami akan merinduinya."

Namun Frimpong dalam Twitternya membalas: "Cukuplah Jack," yang menandakan dia tidak akan dirindui oleh pemain di Emirates.

Sementara itu, Gareth Barry percaya ketibaan Samir Nasri bakal membangkitkan semangat untuk Manchester City memburu trofi kejuaraan.

Pemain tengah Arsenal itu, kelmarin menandatangani perjanjian sebanyak 22 juta pound (RM108 juta).

Barry berpendapat, pemain berusia 24 tahun itu merupakan seorang lagi bintang yang berkualiti berjaya diikat Roberto Mancini bagi mewujudkan lebih banyak pilihan pada posisi tengah.

Pemain itu turut meramalkan Nasri bukan pemain terakhir yang akan menyertai City, dengan bos kelab itu, kelmarin mengakui dia amat berminat untuk mendapatkan bintang Roma, Daniele de Rossi.

Namun ketika ditanya mengenai Nasri, Barry berkata: "Dia amat hebat. Jika anda mahu memenangi trofi, anda memerlukan pemain yang luar biasa dan dia merupakan seorang daripadanya.

"Sesiapa sahaja yang memiliki kualiti seperti itu dan menyertai skuad kami, dia bakal membantu kami." - Agensi


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: keputusan perpindahan Samir Nasri, Samir Nasri pindah ke manchester city, Samir Nasri kena jual, foto Samir Nasri, gambar Samir Nasri, status terkini Samir Nasri, gosip Samir Nasri, Samir Nasri pemain EPL,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...