Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Friday, August 19, 2011

66% saham Datuk Seri Tony Fernandes dalam QPR

Semoga pengambilalihan pasukan QPR memberi peluang kepada pasukan dan pemain bola sepak malaysia beraksi di EPL sekaligus memberi pengalaman dan dapat meningkatkan mutu dan skill permainan pasukan dan pemain Malaysia. Tahniah kepada Datuk Seri Tony Fernandes.


Datuk Seri Tony Fernandes - pemilik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia - sudah berjaya melengkapkan misi mengambil alih Queens Park Rangers (QPR), menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Usahawan Malaysia itu kini sudah disahkan selaku pemegang saham 66 peratus kelab berkenaan daripada bekas pemegang, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.

Fernandes, 47, yang juga pemilik pasukan Formula Satu, Team Lotus akan bergandi­ngan dengan keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus saham dalam kelab berkenaan. “Saya adalah peminat setia West Ham sejak kecil tapi saya juga meminati QPR dan anggap mereka permata yang belum digilap. Saya sentiasa mahu terbabit dalam bola sepak sejak kecil dan tidak mahu menolak tawaran baik ini,” katanya.



~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: QPR milik Tony Fernandes, Tony Fernandes beli QPR, Tony Fernandes beli Queens Park Rangers, gambar Datuk Seri Tony Fernandes, berita tentang Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Seri Tony Fernandes dan Queens Park Rangers, Tony Fernandes beli kelab inggeris

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...