Tatapi keindahan Masjid Nabawi yang merupakan Masjid ke-2 yang paling agung dan suci mempunyai kelebihan-kelebihan melakukan ibadah di dalamnya selepas Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah.
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.
Di dalam kawasan Masjid ini mempunyai tempat yang dinamakan sebagai Raudhah dan Makam Rasulullah bersama makan dua orang sahabatnya, Abu Bakar dan Umar r.a. Raudhah suatu tempat didalam Masjid Nabawi yang dibatasi dengan tiang tiang putih. Ia dianggap sebagai suatu tempat yang mulia dan pernah disifatkan oleh Nabi sebagai sebuah kebun antara kebun-kebun Syurga.
Kelebihan bersembahyang di Masjid Nabawi. Diterang dalam hadis;
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Oleh itu Umat Islam digalakkan berkunjung ke Madinah untuk melakukan ziarah ke Masjid Nabawi dan makan Rasulullah sama ada selepas atau sebelum melakukan Umrah.
Payung besar diluar Masjid Nabawi. Pada waktu siangnya payung ini dibuka kembang dan apabila hampir senja payung ini akan ditutup seperti gambar di bawah
Umat Islam berpusu-pusu menunaikan Solat bila tiba waktunya
Makam Nabi Muhammad berada tepat di bawah Kubah Hijau
~ Bajonz ~
~ Photo ~
google: kelebihan masjib nabawi, gambar masjid nabawi, foto masjib nabawi, hadis tentang masjid nabawi, fadhilat sembahyang di masjid nabawi, image masjid nabawi, keagungan masjid nabawi, kelebihan Masjid an-Nabawi
Yaa~~ sangat INDAH , teringin sgt pegi sana .. :D
ReplyDelete