Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, August 29, 2011

Manchester United membelasah Arsenal 8-2

Kesian Arsenal kene belasah sampai macam tu... apa nak jadi dengan Arsenal ni???



LONDON 29 Ogos - Manchester United dan Manchester City unggul dalam pertembungan menentang kelab London awal pagi tadi apabila membelasah lawan masing-masing dengan jaringan besar, sekali gus meletakkan diri mereka selaku pilihan merangkul gelaran Liga Perdana musim ini.

Wayne Rooney mencipta hatrik pertama di awal musim Liga Perdana Inggeris bagi memastikan kemenangan besar Manchester United ke atas Arsenal 8-2 di Old Trafford, sebentar tadi.

Rooney meledak pada minit ke-40 dan 62, kedua-duanya menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-81.

United memperoleh gol awal menerusi Danny Welbeck pada minit ke-21 sebelum Asley Young meledak pada minit ke- Theo Welcott menyamakan kedudukan pada minit ke-27. Theo Walcott kemudian menyumbat masuk pada minit ke-48.

Masuk separuh masa kedua Nani meledak pada minit ke-65 disusuli Park Ji Sung pada minit ke-69 sebelum Robin Van Persie memperoleh gol kedua Arsenal pada minit ke-73.

Young sekali lagi merembat jaringan pada minit ke-90 untuk melengkapkan kemenangan bersejarah United 8-2.


Terdahulu, City pula membenam Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane.

Edin Dzeko menjadi pemain pertama menyumbat empat gol dalam saingan Liga Perdana England musim ini manakala Samir Nasri mencipta gerakan untuk dua gol pembukaan dalam penampilan pertamanya ketika membantu Manchester City membelasah Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane, semalam.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatat City musim ini, sekali gus membolehkan skuad bimbingan Roberto Mancini itu terus menerajui liga dengan mengumpul sembilan mata maksimum dan menjadikan pasukan Eastland itu sebagai calon pilihan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama. - Agensi

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Manchester United vs Arsenal, keputusan Manchester United vs Arsenal, pemenang Manchester United vs Arsenal, epl Manchester United vs Arsenal, arsenal kalah lagi, arsenal kalah besar, manchester united menang besar, epl 2011 Manchester United vs Arsenal, jadual perlawanan akhir Manchester United vs Arsenal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...