Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Shenzhen, virus yang ditemui pada pesakit itu 90 peratus sama seperti virus H5N1 yang sebelum ini ditemui pada itik-itik di China.
"Kami percaya mangsa dijangkiti melalui hubungan secara langsung dengan haiwan tersebut.
"Virus itu, bagaimanapun masih lagi belum ke peringkat berjangkit antara manusia," kata pihak berkuasa kesihatan itu dalam satu kenyataan.
Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong pula berkata, virus yang ditemui pada lelaki itu sama seperti yang ditemui pada burung di bandar raya itu, baru-baru ini.
Mangsa yang tinggal di Shenzhen, bandar bersempadan dengan Hong Kong, meninggal dunia kerana kegagalan beberapa organ pada Sabtu lalu, seminggu selepas dimasukkan ke hospital akibat demam.
Satu analisis gen mendapati virus itu boleh dirawat dengan ubat anti-virus biasa iaitu amantadine.
Virus itu biasanya ditemui pada burung tetapi boleh berjangkit kepada manusia. - REUTERS
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment