Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, January 13, 2012

Ganjaran RM10,000


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat sehingga dapat memberkas individu bertanggungjawab dalam tiga letupan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ganjaran itu diberi kerana PDRM memandang serius perbuatan tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab, menakutkan serta meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat.

"Individu berkenaan telah merosakkan perhimpunan aman yang dibenarkan polis.

"Saya umumkan tawaran wang itu kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka bertanggungjawab menyebabkan letupan itu," katanya.

Ismail berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili PDRM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2011/2012 dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Seramai 22 pegawai kanan PDRM dan tiga pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikuti program tersebut bagi tempoh 18 bulan mulai 16 Disember lalu.

Ismail turut melahirkan kekesalan dengan tuduhan liar sesetengah pihak bahawa PDRM menjadi dalang letupan terbabit.

"Tolong hentikan tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas itu, saya kesal ada pihak yang menuduh PDRM terlibat dalam letupan itu seolah-olah pihak polis dan saya sendiri yang jahat sabotaj orang ramai," katanya.

Jelasnya, siasatan dijalankan dan mana-mana individu yang didapati terlibat dalam insiden itu akan dikenakan tindakan.

"PDRM telah membenarkan perhimpunan tersebut dengan syarat ia dijalankan dengan aman, namun kejadian sebaliknya berlaku.

"Selepas ini, kita perlu nilai semula setiap permohonan untuk berhimpun bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang," katanya.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...