Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, January 13, 2012

Chong Wei ke suku akhir, Lin Dan tewas


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri kejuaraan kelapan Siri Super Terbuka Malaysia apabila melangkah ke suku akhir perseorangan lelaki di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu mudah menewaskan lawannya, Kazushi Yamada dari Jepun pada set pertama 21-8, namun kehilangan fokus pada set kedua sehingga membenarkan Yamada mendahului 12-4.

Bagaimanapun, pilihan utama kejohanan itu berjaya bangkit untuk akhirnya memenangi perlawanan dengan mata 21-18.

"Masa set kedua saya sedikit hilang fokus, mungkin kerana ada gangguan ”angin” yang kuat (di gelanggang) jadi saya sedikit takut untuk bermain seperti biasa,” katanya kepada media selepas perlawanan.

Beliau dijadualkan bertemu pemain Indonesia, Taufik Hidayat pada peringkat suku akhir esok.

Dalam satu lagi perlawanan perseorangan lelaki, Jan O Jorgensen dari Denmark melakukan upset dengan mengalahkan pemain nombor dua dunia Lin Dan dari China 14-21, 21-15, 21-15. – BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...