Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Tuesday, January 10, 2012

Saiful bawa kes ke Mahkamah Rayuan


Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan meletakkan harapan kepada pihak pendakwa raya untuk membawa kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu terhadapnya ke peringkat Mahkamah Rayuan.

Jelas Mohd. Saiful Bukhari, 26, beliau reda dan menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat tersebut, namun, menegaskan mahu kes itu diadili sehingga ke peringkat tertinggi sistem perundangan negara.

"Saya menerimanya dengan hati yang tenang. Bagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008, saya mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu, saya dan keluarga berharap pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat daripada manusia.

''Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana," katanya hari ini dalam entri laman blog peribadi miliknya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa.

Menurut Mohd. Saiful Bukhari, walaupun keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, beliau menerima keputusan itu dengan penuh sabar dan akan terus berdoa untuk keadilan dalam kes tersebut.

"Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau yang tidak saya ketahui, yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.

"Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah. Jika tidak dunia, di Masyar pasti. Kepada Allah saya berserah," katanya



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: facebook Saiful Bukhari, keputusan Saiful Bukhari, blog Saiful Bukhari, ucapan Saiful Bukhari, gambar Saiful Bukhari, keputusan liwat Saiful Bukhari, rumusan Saiful Bukhari, penjelasan Saiful Bukhari, keputusan mahkamah Saiful Bukhari anwar ibrahim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...