Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, January 18, 2012

Gambar Bangunan dekat KL Sentral Terbakar


Sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan terbakar di tingkat 30 dan 31 dekat KL Sentral di Jalan Tun Sambanthan di sini pada pukul sejak pukul 3.50 pagi ini.

Berikutan kejadian itu, Jalan Tun Sambanthan ditutup kepada lalu lintas sejak pagi ini bagi memudahkan kerja-kerja memadamkan api oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan ketika ini, usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan pihak bomba.


Kira-kira 10 jentera bomba dan 72 anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran itu.

Polis turut memantau keadaan di tempat kejadian bagi memastikan lalu lintas menuju ke KL Sentral dan Jalan Brickfield terkawal.

Selepas kebakaran berjaya dipadamkan, hanya Jalan Tun Sambanthan ditutup untuk lalu lintas.

Sumber dari polis memberitahu, laluan tersebut akan ditutup sehingga tengah hari ini.



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...