Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Wednesday, January 11, 2012

Siti Nurhaliza bakal berlakon filem Indonesia


Sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan kepada diva tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk muncul dalam filem berjudul ”Kekuatan Cinta”.

PT Kentfilms Production mahu menggandingkan Siti Nurhaliza dengan pelakon top Indonesia, Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan dimulakan penggambaran tidak lama lagi dan siap untuk tayangan di pawagam Indonesia pada tahun ini.

Beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Ema akan juga diundang berlakon dalam filem itu yang turut menyenaraikan bintang Indonesia seperti Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo.

Sutradara, Iwan Sardi yang bakal mengarahkan filem itu berharap, Siti sudi menerima tawaran itu nanti memandangkan populariti Siti di Indonesia masih bertahan sehingga kini.

Penampilan Siti Nurhaliza dalam filem Kekuatan Cinta itu ialah sebagai bintang undangan, katanya.

Filem Kekuatan Cinta adalah adaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri dan akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Malaysia. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...