Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, January 20, 2012

Sham Kamikaze Tolak Dakwaan Kahwin Dua


Bekas pemuzik yang kini bergelar pendakwah bebas, Sham (Kamikaze) menolak dakwaan terbaru yang mengatakan dia kononnya kini memiliki dua isteri selepas bernikah secara senyap-senyap di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang melampau, Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohamed Salleh, 36, berkata dia berasa sedih dan terkilan apabila khabar angin itu disebarkan sedangkan dia tidak lagi terbabit dalam dunia hiburan.

“Apabila saya mendapat tahu tentang cerita ini (berkahwin dua), saya berasa sangat sedih dan terkilan. Kalau dulu, sebelum saya ‘berhijrah’, saya fahamlah gosip begini adalah lumrah dunia artis.

“Namun, mengapa saya yang tidak lagi berkepentingan dalam dunia hiburan ini masih lagi menjadi sasaran gosip dan fitnah?”

Sham berkata apa yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat terhadap dirinya yang baru terbabit dalam bidang dakwah hampir setahun yang lalu.

“Saya bimbang apabila memikirkan pandangan dan reaksi masyarakat apabila cerita ini tersebar. Tidakkah orang yang menyebarkan cerita itu tahu menyebarkan fitnah adalah dosa besar?

“Bagaimana jika masyarakat menganggap saya menggunakan platform dakwah itu untuk kepentingan peribadi?” katanya.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Farazila Abdul Jabar apabila khabar angin itu mula tersebar, Sham berkata dia bersyukur kerana isterinya menerima berita tersebut dengan tenang dan rasional.

“Syukurlah isteri saya bukan jenis yang mudah melatah atau melenting. Namun, dia ada bertanyakan kesahihan dakwaan itu.

“Fitnah ini bukan sahaja menjejaskan reputasi saya, malah yang paling penting apakah perasaan isteri dan keluarga mertua saya apabila cerita saya bernikah secara sembunyi ini dicanangkan walhal ia tidak berlaku,” katanya.

Sham yang juga bekas pemain gitar kumpulan rock Kamikaze kini bergerak aktif sebagai pendakwah bebas dengan memenuhi pelbagai jemputan ceramah di seluruh negara.

“Saya bukan sahaja menyampaikan ceramah dan ilmu agama secara lisan tetapi apabila ada permintaan, saya juga akan bermain gitar mengiringi lagu-lagu berunsur kerohanian.

“Alhamdulillah, saya berasa bahagia dengan kehidupan kini dan tidak pernah sekali pun berasa menyesal dengan kehidupan lampau,” katanya yang merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada Mei depan

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...