Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Wednesday, January 18, 2012

ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Ganti Hasan Ali


Teka-teki mengenai siapa pengganti Dr Hasan Mohamed Ali terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Pelantikan itu sekaligus mengenepikan jangkaan awal bahawa jawatan berkenaan bakal diberikan kepada calon yang disebut-sebut sebelum ini iaitu ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PASSelangor.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MKNS) disempurnakan dihadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di IstanaBukit Kayangan kira-kira pukul 10.15 pagi di sini, Rabu.

Sebelum ini Dr Ahmad Yunus merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan iaitu portfolio yang dipegang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Ahmad Yunus yang juga Yang Dipertua PAS Sijangkang berkelulusan Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Malaya.

Pelantikan Dr Ahmad Yunus dibuat bagi menggantikan Hasan sebaik ADUN Gombak Setia itu dipecat keahliannya daripada PAS pada 8 Januari lalu

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...