Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, September 22, 2012

Kontrak Butler tamat



Malang bertimpa buat jurulatih Terengganu, Peter Butler apabila dia bukan sahaja digantung selama enam bulan tetapi mungkin terpaksa meninggalkan skuad Penyu lebih awal daripada yang dijangkakan.

Ini kerana kontrak Butler mungkin terbatal secara automatik kerana mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pemain dan pegawai akan terbatal kontrak jika mereka digantung lebih 30 hari.

Semalam, Butler menerima surat rasmi mengenai penggantungannya daripada Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh pukul 11 pagi.

Abdullah ketika dihubungi memberitahu, surat itu diserahkan sendiri kepada jurulatih itu di pejabat PBSNT di sini.

Jelas Abdullah, riak wajah Butler berubah sebaik sahaja membaca surat tersebut kerana menyangka ia hanya berkaitan isu penggantungan, pemotongan gaji serta denda sebanyak RM4,000 yang dikenakan oleh PBSNT sebelum ini.

"Dia (Butler) seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa kontraknya mungkin akan ditamatkan lebih awal iaitu 30 hari selepas dia digantung.

"Ini Berdasarkan peraturan FAM selepas 30 hari, kontraknya tamat secara automatik," ujar beliau.
Di Kuala Lumpur, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika dihubungi mengesahkan mengikut peraturan FAM, para pemain, jurulatih serta pegawai pasukan yang digantung melebihi tempoh 30 hari secara automatiknya akan ditamatkan.

Tambah Abdullah, Butler juga ada memberitahunya akan berjumpa dengan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalannya, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Butler dikenakan hukuman tersebut setelah didapati bersalah membuat kenyataan kepada media mengenai dua pemain skuad Penyu tanpa kebenaran PBSNT


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...