Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, February 9, 2012

Hafiz kalahkan Chong Wei

Ia mungkin hanya perlawanan simulasi, namun kejayaan mengalahkan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei seminggu menjelang pusingan kelayakan Piala Thomas menyuntik keyakinan tambahan buat bekas juara All England, Muhammad Hafiz Hashim.

Bakal turun sebagai perseorangan kedua di Macau, 13-19 Februari ini, Hafiz membuktikan dia sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tumit selepas melakar kemenangan 21-10, 23-21 dalam masa 35 minit ke atas Chong Wei di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Kemenangan itu turut membantu pasukannya, Kumpulan B menumpaskan Kumpulan A 4-1, namun yang paling penting, Hafiz berjaya mengembalikan keyakinan jurulatih dan pasukan bahawa dia sudah sedia menggalas tugas mengutip mata di Macau nanti.

Kecuali Chong Wei, semua tonggak utama negara yang lain tidak mengalami kekalahan mengejut, termasuk beregu tumpuan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta pasangan serpihan, Hoon Thien How-Lim Khim Wah.

Chong Wei enggan mengulas mengenai kekalahannya kepada juara Sukan Komanwel 2002, Hafiz, namun ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek berkata, beliau tidak pasti apakah jaguh No. 1 dunia itu bermain bersungguh-sungguh.

"Hafiz cukup meyakinkan hari ini, dia bermain baik dan hasilnya dia menang. Mengenai Chong Wei saya tidak pasti dan apa yang kita lihat itu adalah permainan sebenarnya atau bukan tetapi yang penting adalah perkembangan Hafiz dan permainannya amat meningkat," kata Rashid.

Hafiz, 29, mengalami kecederaan tumit kaki kanan ketika menentang pemain Singapura, Ashton Chen di pusingan kelayakan Terbuka Korea bulan lalu.

Pemain tinggi lampai itu, yang diawasi jurulatih, Hendrawan sejak menyertai latihan pusat, dua minggu lalu bekerja keras bukan saja untuk menggembalikan prestasi, malah untuk pulih daripada kecederaan.

Rashid turut memuji persembahan memberangsangkan dua pemain muda dan calon perseorangan ketiga, Liew Daren serta Mohd. Arif Latif, sebelum Daren akhirnya menang 23-21, 17-21, 21-13.

Selepas Hafiz menghadiahkan mata pertama buat Kumpulan B semalam, Kien Keat-Boon Heong menjadikan kedudukan 2-0 apabila menumpaskan gandingan baru, Goh V Shem-Teo Kok Siang 21-16, 21-10.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...