Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Monday, May 21, 2012

Stadium Penuh Dengan Penyokong Kelantan



Penyokong Kelantan menawan Stadium Nasional apabila lebih separuh daripada 85,000 tempat duduk pada perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby semalam dikuasai penyokong Red Warriors.

Daripada jumlah tersebut, di anggarkan lebih 65,000 adalah penyokong Kelantan, manakala selebihnya penyokong Sime Darby.

Agak mengelirukan kerana penyokong kedua-dua pasukan memakai baju yang sama iaitu warna merah dan mereka hanya dapat dibezakan menerusi logo pasukan masing-masing.

Difahamkan 90 peratus daripada penyokong Sime Darby yang hadir menyaksikan perlawanan semalam terdiri daripada kakitangan syarikat tersebut dan selebihnya adalah penyokong dari pasukan negeri dalam saingan Liga Malaysia.

Walaupun final semalam melibatkan pertembungan skuad negeri, Kelantan menentang pasukan berstatus kelab, kehangatan final tetap dirasai seawal pukul 5 petang.

Penguasaan penyokong Kelantan ketara sebelum memasuki stadium lagi, apabila mereka mula memenuhi pekarangan stadium sejak awal petang.

Kebanyakan penyokong tiba dengan menggunakan kenderaan sendiri, berkumpulan dan menyertai rombongan bas yang ditaja oleh persatuan bola sepak pasukan masing-masing.

Ada penyokong Kelantan yang sampai ke venue perlawanan sejak awal pagi, selepas bertolak dari Kota Bharu pada tengah malam kelmarin.

Namun agak mengecewakan kerana ada segelintir penyokong yang turut membawa masuk bahan larangan seperti mercun.

Malah ada juga yang mengibarkan bendera parti politik.




~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...