Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Friday, May 18, 2012

Villas-Boas ganti Kenny Dalglish



Kelab bola sepak ternama England, Liverpool FC telah memulakan pencarian bagi pengurus keempatnya dalam tempoh empat musim, setelah menyingkirkan legenda kelab, Kenny Dalglish yang disifatkan gagal menyamakan kejayaan memenangi Piala Carling dengan meraih tempat bagi kelayakan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Pemilik kelab, Fenway Sports Group dilaporkan berdepan dengan kos pampasan £8.4 juta (RM42 juta) yang serupa dibayar kepada Roy Hodgson dan kakitangannya, kerana menamatkan khidmat legenda Anfield itu hanya dalam tempoh 16 bulan Dalglish dilantik.

Antara nama-nama yang disebut dalam senarai calon pengganti Dalglish ialah André Villas-Boas, bekas pengurus Chelsea; Jürgen Klopp (Borussia Dortmund) dan Didier Deschamps (Marseille).
Sebahagian penyokong turut menyatakan kesediaan mereka menerima bekas pengurus Rafael Benitez untuk kembali menerajui kelab.

Dalglish memeterai kontrak tiga tahun pada tahun lalu tetapi disingkirkan berikutan prestasi terburuk Liverpool di tangga kelapan, yang dianggap terburuk dalam tempoh 18 tahun. Pembantu beliau, Steve Clarke, turut meninggalkan kelab, sebagai menghormati Dalglish yang melantiknya.

Menurut akhbar The Guardian, keputusan penamatan khidmat Dalglish itu diberitahu oleh pemilik Liverpool, John W. Henry dan pengerusi kelab, Tom Werner pada Selasa lalu semasa pertemuan mereka di Boston. Penamatan khidmat Dalglish diumumkan secara rasmi oleh kelab pada pukul 5 petang semalam (12 tengah malam waktu Malaysia). - AGENSI


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...