Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Thursday, May 3, 2012

Azmin Patut Saman kata Dr Mahathir


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali digesa mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak yang memalukannya berhubung penyebaran gambar yang mengaitkan beliau dengan aksi panas bersama seorang wanita, baru-baru ini. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan saman oleh Azmin adalah langkah sewajarnya diambil untuk membersihkan namanya setelah dipalit kontroversi berkenaan. "Dia boleh nafi itu bukan dia. Saya harap dia bawa orang itu ke mahkamahlah. Kena saman malu, RM100 juta ke... RM500 juta ke...buat macam tu (penyebaran gambar) nak bagi malu Azmin saja, jadi dia patut bawa ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini : Persepsi dan Realiti' anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, Khamis. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan dan lebih 5,000 peserta.

Ketika ditanya pendapatnya tentang kesahihan gambar berkenaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak percaya kepada gambar, namun tidak ada apa yang mustahil dalam dunia ini. "Kadang-kadang kamera dalam tandas pun orang letak juga," katanya. Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak, dilaporkan berkata imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang pilihan raya umum ke-13. DI KEPALA BATAS, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu Azmin membuktikan bahawa gambar lelaki dalam aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam akhbar dan beberapa laman blog bukan dirinya.

 Reezal berkata Anggota Parlimen Gombak itu perlu tampil membuktikan bahawa gambar itu bukan beliau dan bukan hanya menafikannya sahaja. "Bukan penafian yang orang mahu tahu sebaliknya beliau (Azmin) perlu tampil buktikan bahawa gambar lelaki itu bukan dia dan jangan hanya mahu tuduh kita (Umno) yang sebarkan gambar berkenaan. "Ini bukan agenda kita (penyebaran gambar Azmin) kerana Pemuda Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda dan membantu rakyat, kita tidak ada masa untuk sebar gambar beliau," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kawasan Parlimen Kepala Batas.

 Reezal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Azmin yang mengaitkan Umno dalam penyebaran fitnah berkenaan untuk mengaibkan beliau dan keluarga. Beliau dilaporkan berkata fitnah jelik ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro Umno,fitnah itu memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai beliau bersama seorang wanita dalam tandas. Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata beliau tidak menolak kemungkinan penyebaran gambar berkenaan itu dibuat oleh 'orang rapat Azmin' yang tidak suka dengannya. "Tidak mustahil rakan-rakannya yang sebarkan kerana ramai dikalangan mereka tidak suka dengan beliau (Azmin), jadi jangan hanya mahu menuduh Umno," katanya. - BERNAMA

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...