Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, August 15, 2012

Manchester United Beli Robin van Persie



Alex Ferguson telah mengadakan perbincangan sulit dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger dalam usahanya untuk melengkapkan perpindahan dramatik Robin van Persie ke Manchester United.

Arsenal dijangka menerima tawaran yang lebih baik selepas kedua-dua pengurus tersebut mengadakan pertemuan baru-baru ini.

Menurut sumber, perjanjian di antara United dan ketua pasukan Arsenal yang menjaringkan 30 gol musim lalu itu akan dimeterai sebelum musim baru Liga Perdana Inggeris bermula.

Difahamkan Ferguson mengulangi pendiriannya bahawa pemain berusia 29 tahun itu hanya dibenarkan meninggalkan London sekiranya ada kelab yang sanggup membayar 30 juta pound (RM147 juta). 

Namun Gunners bersedia mendengar tawaran bernilai 20 juta pound (RM98 juta) bersama penambahan lain.

Campur tangan Ferguson sendiri dalam proses untuk mendapatkan Van Persie menunjukkan kesungguhan kelab itu untuk mendapatkan pemain antarabangsa Belanda itu.

Namun keengganan United memenuhi harga yang dituntut Arsenal, menyebabkan proses mendapatkan Van Persie mungkin mengalami masalah.

Biarpun bersedia mendengar tawaran RM98 juta, namun apa yang membuatkan Wenger berat hati adalah menjual pemain tersebut kepada lawan mereka dalam Liga Perdana.

Perpindahan mengejut ke Old Trafford dilihat satu-satunya pilihan yang ada buat Van Persie sekiranya dia mahu meninggalkan Stadium Emirates pada musim panas ini selepas Manchester City dan Juventus sudah tidak lagi menunjukkan minat.

Selain Van Persie, Wenger juga terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan seorang lagi pemain bintangnya, Alex Song yang dikatakan menarik minat Barcelona.

Gergasi bola sepak Sepanyol itu amat mengagumi pemain tengah Cameroon itu dan mengenal pasti Song sebagai sasaran yang berpotensi.

Ditanya mengenai minat yang diterima daripada Barcelona, Song berkata: "Tipu kalau saya kata tiada berminat dengan apa yang ditunjukkan Barcelona, tetapi saya pemain Arsenal dan saya gembira di sini.
"Barcelona pasukan terbaik di dunia dan spekulasi tidak akan berhenti selagi pasaran perpindahan pemain belum ditutup."

Isu Song merupakan satu lagi masalah yang perlu ditangani Wenger, yang berusaha membentuk pasukan untuk musim baru biarpun kelab London itu sudah meningkatkan keyakinan dengan mengikat Theo Walcott untuk menandatangani kontrak baru. - Agensi


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...