Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, August 10, 2012

Usain Bolt Menang Emas 200m Dua Kali Berturut-Turut



ATLET Jamaica Usain Bolt memenuhi impiannya untuk bergelar 'legenda' olahraga dan 'Raja Pecut Dunia' apabila berjaya merangkul emas acara 200 meter kali kedua berturut-turut pada temasya Olimpik 2012.
Kejayaannya membawa pulang emas mengulangi kejayaannya empat tahun lalu di Olimpik Beijing.
Kemenangan Bolt, 25, menyaksikan atlet ini memenangi dua emas dalam acara olahraga setakat ini.
Sabtu lalu, Bolt meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan mencipta rekod baru.
Beberapa hari lalu, sebelum pertandingan bermula, Bolt menyatakan hasrat menjadi legenda olahraga dengan memenangi emas dua kali berturut-turut dalam acara 200 meter.
Keputusan rasmi 200 meter (L)
1. Jamaica - BOLT Usain (19.32)2. Jamaica - BLAKE Yohan (19.44)3. Jamaica - WEIR Warren (19.84)4. Amerika Syarikat - SPEARMON Wallace (19.90)5. Belanda - MARTINA Churandy (20.00)6. Perancis - LEMAITRE Christophe (20.19)7. Ecuador - QUINONEZ Alex (20.57)8. Afrika Selatan - JOBODWANA Anaso (20.69)


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...