Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, August 15, 2012

Samsung buat Apple rugi


San Jose: Apple Inc mendakwa lebih suku daripada pendapatan jualan telefon pintar dan tablet Samsung Electronics bernilai AS$30.4 bilion (RM94.9 bilion) adalah dengan meniru produk iPhone serta iPad atau melanggar paten lain, kata pegawai pampasan syarikat itu.

Syarikat Lembah Silikon itu menuntut ganti rugi sehingga AS$2.75 bilion (RM8.6 bilion) daripada pesaingnya dari Korea itu, termasuk keuntungannya yang ‘hilang’ kepada gajet Samsung itu. 

Bagaimanapun, peguam Samsung mempertikaikan bukti Apple itu dengan menganggap ia tidak mencukupi untuk mendapat ganti rugi berkenaan. 

Syarikat Korea itu menjual kira-kira 87 juta peralatan mudah alih dari pertengahan 2010 hingga Mac lalu, demikian mengikut dokumen yang dikemukakan kepada juri.

Akauntan, Terry Musika, memetik rekod Samsung dan memberi kenyataan sebagai saksi kepada Apple, menganggarkan pendapatan sebanyak AS$8.16 bilion (RM25.4 bilion) daripada 22.7 juta unit yang dijual dalam tempoh dua tahun itu, adalah daripada barisan produk yang melanggar paten Apple seperti telefon pintar pertama Galaxy S pada Julai 2010.

Samsung lazimnya tidak mendedahkan jualannya di Amerika Syarikat (AS).

Syarikat itu meraih sekitar 35.5 peratus margin keuntungan kasarnya daripada pendapatan berkenaan, iaitu antara Jun 2010 hingga Mac lalu, kata Musika. 

“Bukan saya yang duduk di atas meja dengan mesin kira,” kata Musika, yang juga bekas rakan perakaunan KPMG dan PriceWaterhouseCoopers kepada mahkamah.

“Terdapat ratusan juta pengiraan,” katanya sambil menambah ia menelan belanja lebih daripada AS$1.75 untuk menggaji sepasukan 20 pengaturcara, akauntan, ahli statistik dan ahli ekonomi untuk mengira ganti rugi jualan gajet itu. - REUTERS 


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...