Jom like kat sini Kami Tuntut Manoharan Mohon Maaf Kepada Lee Chong Wei
Ketika seluruh rakyat Malaysia bersatu hati memuji dan menyanjung tinggi kesungguhan Datuk Lee Chong Wei yang bermain bermati-matian menentang Lin Dan dalam usahanya memburu emas Olimpik pertama Malaysia, pemimpin DAP, M. Manoharan sebaliknya memperlekehkan wira negara itu.
Sebagai pemimpin, Manoharan langsung tidak menunjukkan teladan yang baik apabila banyak kenyataan yang dibuat menerusi Twitter bagi mengulas kekalahan tipis Chong Wei itu bersifat menghina antaranya menukar nama jaguh badminton tersebut kepada 'Lee Chong AWAY.'
Tidak cukup dengan itu, beliau juga memuat naik kenyataan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyerahkan segala habuan yang dijanjikan untuk Chong Wei kepada Lin Dan yang dikatakannya sebagai miskin walaupun pendapatan jaguh badminton China itu adalah RM15 juta setahun.
Kenyataan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu segera mengundang kemarahan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apabila mereka sepakat mendesak Manoharan meminta maaf, tetapi pemimpin DAP itu berterusan mempersoal jika Chong Wei bermain bagus kenapa Lin Dan yang menang.
Berang dengan tindakan itu, seorang rakyat Malaysia, Dominic Steeven tampil memberitahu menerusi laman Twitter milik Manoharan bahawa seluruh rakyat negara ini malu kerana mempunyai seorang wakil rakyat seperti beliau yang langsung tidak menghargai semangat perjuangan ahli sukan itu sebaliknya hanya mementingkan kemenangan.
"Apa yang kamu cuba katakan? Saya rakyat Malaysia, saya sokong negara saya. Kamu adalah seorang wakil rakyat tetapi beginikah caranya kamu menunjukkan rasa berterima kasih kepada negara? Kalah atau menang bukan persoalan kerana ia adat pertandingan, tetapi kita mesti memberi sokongan sebagai rakyat Malaysia.
"Saya langsung tidak dapat berfikir apa sebenarnya motif kamu mengeluarkan kenyataan sedemikian, kalau benar kamu yang memuat naik kenyataan tersebut, sila mohon maaf kepada Chong Wei. Seluruh rakyat Malaysia malu dengan kamu Yang Berhormat," kata Dominic sebagaimana dipetik daripada Twitter Manoharan...
Sumber - UTUSAN
Lagi kat SINI
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment