Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Thursday, July 28, 2011

Ibadah Umrah

InsyAllah lagi 2 hari lagi aku akan berangkat ke Tanah Suci Kota Mekah untuk mengerjakan Ibadah Umrah.. Berikut adalah serba sedikit panduan mengerjakan Umrah. Kepada bakal Haji Kecil boleh membaca dan memahaminya...


Cara Mengerjakan Umrah



Pengertian Umrah. Pada bahasa : Ziarah.

Pada istilah : Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.

Rukun Umrah ada lima iaitu :-

1) Niat
2) Tawaf di Baitullah
3) Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
4) Bercukur atau bergunting
5) Tertib

NIAT IHRAM UMRAH

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEMASA IHRAM

Menutup kepala bagi lelaki lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
Memakai minyak pada rambut dan janggut.
Mencabut bulu atau rambut dari badan
Memotong kuku.
Membunuh binatang buruan.
Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
Jimak (bersetubuh)
Melakukan akad nikah, mewalikan pernikahan, atau menikahkan. (Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah tidak sah.

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya.

JENIS-JENIS TAWAF

1. Tawaf Ifadhoh.(rukun)
2. Tawaf Qudum : Tawaf selamat datang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah.
3. Tawaf Wida’ : Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.
4. Tawaf Sunat
5. Tawaf Nazar : Tawaf yang dilakukan kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.

SYARAT-SYARAT TAWAF

Suci daripada hadas besar pada badan, pakaian, tempat tawaf.
Menutup aurat.
Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf ketika itu.
Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
Bertujuan Tawaf bukan bertujuan lain.
Cukup 7 kali dengan yakin
Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail Syazarwan.

SUNAT-SUNAT TAWAF

Berjalan kaki
Berittiba’ (berturutan) bagi tawaf yang diiringi dengan sae’i (lelaki)
Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.
Membaca zikir dan doa.
Berturutan 7 kali pusingan.
Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.
Sembahyang sunat Tawaf.

Sae’i bererti berjalan berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.

SYARAT-SYARAT SAE'I

Dilakukan selepas Tawaf rukun / Tawaf Qudum.
Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
Sampai ke hujung setiap tempat Sae’i.
Berniat Sae’i semata-mata kerana Allah Taala.
Cukup bilangan 7 kali. Bilangan dikira sekali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.

SUNAT-SUNAT SAE'I

Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda hijau.
Menghadap Qiblat dan melambai-lambai kedua-dua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah.
Keluar ke tempat Sae’i melalui Bab Al-Safa.
Berdoa.
Berwudhuk.
Berjalan kaki.
Berturut-turut.

Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.

Sumber dari e-mosque

~ Bajonz ~
~ Photo ~


google: cara mengerjakan umrah, panduan umrah, umrah ke mekah, cara menunaikan umrah, ibadah umrah, gambar ibadah umrah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...