Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Tuesday, February 1, 2011

Banjir Teruk

Sejak 2, 3 hari ni hujan turun tak henti-henti kat beberapa kawasan.. akibatnya banjir teruk.. tak tau laa puncanya mungkin sebab sistem perparitan tak betul atau pun hujan yg luar biasa kali ni.. hari ni pun aku rasa mcm nak demam - hujan + sejuk ggrrrr... Dah la nk sambut Tahun Baru Cina - kesian yang nk balik kg. Jalan mesti jem akibat banjir besar ni...

BANJIR TERUK... Jambatan 1 (di Persimpangan Permaisuri), jambatan utama yang menghubungkan bahagian utara dan selatan Segamat, Johor ditelenggami air sekali gus memutuskan hubungan kedua-duanya. Segamat merupakan antara kawasan banjir di Johor di mana menjadi negeri yang paling terjejas teruk bagi bencana itu selain Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah.

Banjir Di Lima Negeri: Tiga Maut, Lebih 46,000 Penduduk Dipindahkan

PETALING JAYA: Banjir teruk di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah telah memutuskan hubungan di antara beberapa bandar di kelima-lima negeri itu sehingga menyebabkan lebih 46,000 penduduk dipindahkan di pusat bantuan pada Isnin, mengulangi insiden bencana itu yang berlaku pada tahun 2006.

Keadaan paling terjejas teruk adalah di Johor apabila banyak kawasan dibanjiri di beberapa daerah seperti Segamat, Muar, Kota Tinggi, Kluang dan Ledang sehingga pukul 9.30 malam dengan 42,302 penduduk telah dipindahkan ke 250 pusat bantuan.

Seramai 1,921 penduduk dari empat daerah di Negeri Sembilan telah dipindahkan pada Isnin apabila hujan semakin lebat membanjiri kawasan-kawasan rendah sejak Ahad.

Bagi mereka yang mahu pulang ke kampung halaman mereka sempena cuti Tahun Baru Cina terkandas apabila jalan-jalan besar dan satu kawasan di Lebuhraya Utara Selaran mengalami banjir.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terpaksa membatalkan beberapa perkhidmatan kereta api mereka di Negeri Sembilan dan Johor.

Seramai tiga orang maut dalam kejadian berasingan di Johor dan Melaka manakala satu lagi dilaporkan hilang selepas mangsa dihanyutkan oleh arus deras sungai di Sabah.

Sementara itu, Rohani Ismail, 51, meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dihanyutkan arus ke ladang kepala sawit, 50 kilometer di Cha’ah kira-kira pukul 7 petang.

Aw Yoke Lin, 53, dari Taman Pelangi pula maut apabila kenderaan pacuan empat rodanya dibawa arus sehingga ke sungai di Kampung Rahmat, Kulaijaya.

Para penyelamat di Melaka pula kini sedang mencari pengawal keselamatan, Yusry Mohd Yusof, 40, yang terjatuh ke dalam sebuah longkang di Kampung Chinchin, Jasin pada pukul 10 pagi.

Di Sabah, seorang petani, Meriting Andi, hilang apabila dibawa arus Sungai Samparita di Kota Marudi ketika cuba untuk menyelamatkan anak-anaknya yang terkandas di seberang sungai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengunjungi kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Johor pada Selasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara telah meminta agensi kerajaan untuk mengemukakan sistem amaran awal lebih cekap bagi bencana banjir.

Muhyiddin berkata, agensi-agensi terbabit termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan pelbagai usaha untuk memindahkan mangsa serta menyediakan khidmat bantuan.

Beliau juga turut mengarahkan anggota tentera membantu memudahkan urusan pemindahan mangsa.

Segamat kini menjadi ‘sebuah pulau’ apabila terputus hubungan berikutan banjir teruk dan sebagai langkah keselamatan menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik ke bandar itu.

Menurut polis, tiada siapa yang boleh keluar masuk di Segamat apabila jalan-jalan ke Muar, Johor Baru dan Kuala Lumpur ditenggelami air.

Keadaan di Kota Marudu, Kota Kinabalu pula terus kritikal apabila seramai 2,084 penduduk dari 19 kampung terpaksa dipindahkan ke 10 pusat bantuan.

Banjir teruk terus dilaporkan di Lahad Datu, Beluran dan beberapa kawasan di Pitas manakala banyak lagi jalan di kawasan pedalaman termasuk di ladang-ladang ditenggelami air sehingga menyukarkan para petani menghantar hasil tani mereka ke bandar-bandar utama.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

1 comment:

  1. sy di melaka skrg..

    kt office ni pun banjir juga...tp takat buku lali jer la..tk melimph masuk ke dalam office..

    cuma kesian pada penduduk taman perumahan area sini...air masuk rumah...

    moga banjir cepat surut la hendaknya...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HARI MENTERNAK LEMAK -PART 2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...