Malah, presiden itu masih berada di Rumah Putih dan memuat naik hantaran di Twitter menafikan kemenangan Biden dan menuduh kemenangannya dicuri oleh calon Parti Demokrat itu.
Lazimnya, calon presiden yang tewas akan membuat kenyataan terbuka dan mengakui kekalahan bagi membolehkan proses peralihan kuasa dilakukan dengan teratur.
Ia bukan sesuatu yang dituntut oleh undang-undang, tetapi sudah menjadi tradisi pada pilihan raya presiden. Sebagai contoh, ketika Trump menang, presiden Barack Obama menjemput beliau ke Rumah Putih.
Dalam pada itu, bekas isteri pertama Trump, Ivana menasihatkan bekas suaminya supaya menerima karier politiknya sudah berakhir serta mencadangkan lelaki itu bercuti ke Palm Beach.
Ivana, 71, ibu kepada tiga anak itu menggambarkan Trump sebagai individu yang tidak suka kekalahan.
Wanita itu mengatakan dia berharap bekas suaminya menerima kenyataan daripada terus mendakwa kemenangan 'dicuri.'
"Dia harus 'pergi' dan mengaku kalah, saya hanya mahu semua ini selesai, yang lain saya tak peduli," katanya. Ivana juga berkata, karier politik bekas suaminya itu sudah berakhir.
"Saya tidak fikir dia mempunyai pilihan, dia boleh ke Palm Beach dan bermain golf serta menjalani kehidupan normal.
"Ini pilihan terbaik untuk apa yang boleh dilakukannya. Dia benci kalah, dia mempunyai banyak wang, banyak tempat untuk pergi dan tinggal serta menikmati hidupnya," katanya.
Ivana, bekas model dari timur Eropah seperti isteri Trump sekarang, Melania, berkahwin dengan Donald selama 15 tahun, antara 1977 hingga 1992.
~ Bajonz Photography ~
No comments:
Post a Comment