Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, January 1, 2011

Syamimi di Hari Pendaftaran Sekolah

Semalam, seawal pagi Jumaat jam 8am, anak aku Syamimi membuat pendaftaran di sekolah barunya - Sekolah ibu nya juga dulu. Dengan lengkap berpakaian baju sekolah termasuk beg sekolah bermakna itulah hari pertama anak aku menjejakkan kaki ke Alam persekolahan..

Bermacam-macam ragam dapat dilihat pada hari tersebut. Ada murid-murid yg menangis - itu biasala budak darjah 1, tapi kebanyakkan nya yang menangis adalah murid lelaki.... hehe..dengan gelagat Ibu bapa melayan karenah anak masing-masing. Tapi bukan ibu bapa sahaja yang ada datang sekali, kaum kerabat pun dibawa sekali, dari anak yang kecil sehinggalah yg dah besar, org gaji, sedara mara, hinggalah ke atuk dan nenek... Memang sesak dan meriah laa suasana masa tu..

Selepas 10am, murid murid dibawa masuk ke kelas, mcm biasala kene beratur. dan ibu bapa kene duduk kat dewan terbuka untuk dengar taklimat yg disampaikan oleh cikgu-cikgu.. Kang tak dengar nanti ada benda yang penting dan mustahak ibu bapa tak tahu nanti.. lebih kurang dekat 2 jam laa cikgu-cikgu menerangkan misi transformasi pendidikan 2011 kepada semua ibu bapa.. memang bersemangat cikgu-cikgu sehingga ke Guru Besar memberi penerangan.. Aku pun tiba2 jadi semangat gak.. hehe..

Mulai tahun 2011 murid darjah 1 akan bermula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KKSR) ganti UPSR. Bermakna budak darjah 2 sekarang adalah generasi terakhir untuk UPSR.. Sains dan Matematik juga akan diajar dalam bahasa Melayu.

Guru Besar SK semenyih baru shj tak sampai sebulan bertugas -Org lama dan memang berpengalaman.. Jumlah murid hampir 2050.. perghh memang ramai muridnya dan cikgunya pulak hampir 120 org.. 18 org adalah lelaki - ramai nya cikgu perempuan.. Sekolah ni ada 2 sesi pagi dan petang.. So darjah 1 dapat sesi pagi.. Jadi Isnin ni anak aku kene bangun awal pagi la tuk ke Sekolah.. Jgn menguap, tido kt sekolah sudahla... - Jadi Syamimi kene belajar tidur awal la..

layan la serba sedikit gambar2 yang aku sempat amik - pakai HP je.. kang pakai DSLR kang diorg ingat aku photographer sekolah plak.. hehe

31122010355
Mimi minum air je.. makan taknak..

31122010358
Dewan Terbuka Sekolah. Dewan baru tgh buat kat belakang tu

31122010360

31122010363

31122010366
Murid-murid kene beratur tuk naik ke kelas masing2

31122010371

31122010373
Kelas Mimi di tingkat 3 - merungut anak aku naik ke kelas tinggi sngat

31122010375
Guru besar beri ucapan dan penerangan. Ibu bapa semua kusyuk mendengarnya

~ Bajonz ~


Google: Syamimi ke sekolah, sekolah baru syamimi, kembali ke sekolah, back to school, sekolah kebangsaan ,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...