Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, January 22, 2011

Kereta wajib ada beg udara 2012

Bagusla dh ada beg udara. diharapakan beg udara ni berkualiti tinggi dan dapat mengurangkan risiko kematian semasa kemalangan...

"Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.

Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda."

Sumber: Utusan

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: beg udara diwajibkan, kereta proton ada beg udara, kereta perodua ada beg udara, beg udara wajib dipasang 2012, beg udara 2012, air bag 2012, air bag wajib semua kereta proton dan perodua, saman jika tiada beg udara

1 comment:

  1. Tak lama lagi boleh buat bisnes beg udara tiruan ni Kat malaysia. Orang Malaysia ni kreatif kalau nak dapat barang murah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...