Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Saturday, January 29, 2011

Tol 50sen Taman Connaught tamat Mei ini

Akhirnya tol yang paling murah ni akan dibuang tak lama lagi.. Lepas ni balik keje dh x jem laa kat tol situ.. tapi aku rasa nanti jem teruk kat Taman Connaught masuk ke jalan cheras-kajang. Dan awal pagi kerja menghala ke PJ pun jem teruk tu... lepas ni dh takda tol lagi teruk kot jemnya...

So lepas ni tol mana plak lagi nk kene buang??? best3... hehe..Apa pun TQ kepada Kerajaan kerana membuang tol tu.. lepas ni buang laaa tol yg mahal sket... hehe


PUTRAJAYA 28 Jan. - Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur yang dijangka berkuat kuasa Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia adalah penutupan lebih awal dari tempoh yang sepatutnya pada 2018 lanjutan daripada cadangan pengambilalihan aset-aset konsesi tersebut.

"Ini bermakna, pengguna lebuh raya tersebut tidak perlu lagi membayar tol.

"Saya difahamkan inisiatif penutupan awal tol ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuh raya tersebut.

"Inisiatif ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaian berhemah dalam isu tol," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini.

Menurut Perdana Menteri, penstrukturan tol selepas semakan semula kos pengangkutan dilakukan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat.

"Saya juga ingin menyeru agar inisiatif sebegini dapat dicontohi oleh syarikat pemegang konsesi yang lain demi kepentingan rakyat," katanya.

METRAMAC adalah pemegang konsesi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat.

~ Bajonz ~
~ Photo ~

google: Tol Taman Connaught dihapuskan, tol 50sen dibuang, tol 50sen dihapuskan, gambar tol Taman Connaught, tol 50sen ditutup, tol plus ditutup, semua tiada tol, harga tol tidak naik,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...