Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Sunday, June 3, 2012

Zizan Juara Super Spontan Bolot RM100 Ribu



Pasangan Jozan sememangnya telah mendominasi peringkat akhir Super Spontan dengan kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara.

Kemenangan tersebut membolehkan Zizan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Tiga pemenang saguhati iaitu Suhaimi, Rahim dan Ropie pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Seperti mana minggu-minggu lalu, peringkat akhir Super Spontan turut menyediakan lima permainan untuk para finalis bersaing sesama sendiri, bezanya kali ini mereka bermain secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti dahulu.

Permainan dimulakan dengan permainan Beku, di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.

Permainan kedua adalah permainan baru yang diperkenalkan untuk peringkat akhir ini,di gelar Sketsa Dari Topi Puaka. Hos Adibah Noor akan membacakan sketsa yang diambil dari topi yang disediakan dan para finalis harus beraksi dengan kreativiti sendiri tentang sketsa yang dibacakan itu.

Permainan ketiga pula ialah Pilihan Lain, juga sejenis permainan baru. Untuk permainan ini, para finalis akan bermain secara pasangan dan mereka diberi satu situasi untuk dilakukan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri.

Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dan sekali lagi finalis akan berentap secara berpasangan di mana mereka akan diberikan sejenis peralatan dan menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu.

Permainan kelima dan terakhir dinamakan Laguku Untukmu. Dengan iringan muzik oleh kumpulan Ahmadahmad, setiap finalis harus menyanyikan serangkap lagu secara spontan berdasarkan tema yang diberikan.

Super Spontan peringkat akhir telah bersiaran secara langsung dari Studio Finas, Hulu Klang dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) serta Mustika HD (saluran 134).

Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak manakala hosnya pula ialah Adibah Noor.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...