Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Monday, June 4, 2012

Video Bersih 3.0 Boleh Ditonton Orang Ramai



Orang ramai berpeluang untuk melihat kompilasi video daripada versi huru-hara yang orginal bagi perhimpunan Bersih 3.0 bermula Rabu ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad berkata, video itu akan dimuat naik dalam laman web kementerian itu pada Selasa dan boleh dilihat pada hari berikutnya.
“Kita masih lagi membuat kompilasi visual berkenaan.
“Tujuan kita menunjukkan video itu bagi memberi peluang kepada orang dengan perspektif yang lebih luas mengenai apakah berlaku semasa perhimpunan itu,” katanya pada sidang media di Ladang Mutiara di Kahang, kira-kira 70 kilometer dari sini, Ahad.
“Video ini akan menunjukkan apakah yang sebenarnya berlaku dan rakyat boleh membuat penilaian mereka sendiri selepas menontonnya dan tidak akan terpengaruh dengan pemikiran seorang daripada mana-mana pihak,” katanya.
Beliau menambah, kementerian sudah bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan tindakan undang-undang yang akan dibuat oleh mana-mana kumpulan atau parti selepas menonton video berkenaan.
“Video ini juga akan mempunyai bahagian-bahagian daripada polis dan memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan memperjelaskan tentang dakwaan bahawa mereka menyalahgunakan kuasa semasa perhimpunan,” kata beliau.
Terdahulu, Hishammuddin berkata, video itu akan menunjukkan pandangan yang luas mengenai kejadian yang berlaku sehingga mencetuskan keganasan termasuk “yang baik, yang tidak baik dan yang buruk”.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...