Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Sunday, June 10, 2012

EURO 2012 - Rusia benam Republik Czech 4-1



Rusia membuktikan betapa mereka perlu diberi perhatian sebagai salah satu pasukan yang mampu melakukan kejutan pada saingan Euro 2012 setelah menang besar, 4-1 ke atas Republik Czech pagi ini.

Penyerang CSKA Moscow, Alan Dzagoev membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum meledak rembatan padu pada minit ke-79 untuk menewaskan penjaga gol Czech, Petr Cech buat kali kedua.

Sementara dua lagi gol disumbangkan pemain tengah, Roman Shirokov pada minit ke-24 dan pemain gantian, Roman Pavlyuchenko kira-kira lapan minit sebelum perlawanan tamat.

Gol sagu hati Czech pula dijaringkan pemain tengah, Vaclav Pilar pada minit ke-52.

Selain aksi pantas dan taktikal tepat, kemenangan besar anak-anak buah Dick Advocaat turut dibantu kerapuhan benteng pertahanan lawan yang sering membenarkan penyerang Rusia bebas mencari ruang untuk melancarkan serangan.


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...