Sepanyol yang memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Euro cemas sebelum bangkit mengikat Itali 1-1 di Gdansk, awal pagi tadi.
Sebaliknya Itali yang tidak diletakkan harapan tinggi berjaya melakukan beberapa percubaan merbahaya di awal permainan. Selepas dua percubaan David Silva, Azzurri melakukan ancaman pertama melalui sepakan percuma Andrea Pirlo pada minit ke-13 namun berjaya diselamatkan Iker Casillas.
Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon juga mudah menyelamatkan rembatan rendah Andres Iniesta pada minit ke-30, sementara Casillas agak tertekan untuk mematahkan rembatan voli Cluadio Marchisio pada minit ke-36.
Sebelum separuh masa pertama berakhir Thiago Motta memberi ancaman dengan melakukan tandukan sebelum diselamatkan Casillas. Penyerang Itali, Mario Balotelli dilayangkan kad kuning kerana mengasari Jordi Alba pada minit ke-37.
Itali akhirnya mengejutkan Sepanyol hasil jaringan pemain gantian, Antonio Di Natale pada minit ke-60 selepas menerima hantaran cantik daripada Adrea Pirlo. Di Natale masuk pada minit ke-56 menggantikan Balotelli yang gagal memberi impak di bahagian serangan.
Empat minit kemudian penyandang juara, Sepanyol berjaya menyamakan kedudukan menerusi Cesc Fabregas yang menerima umpanan daripada David Silva. - AGENSI
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment