Aktres Indonesia Nia Ramadhani selamat melahirkan seorang bayi perempuan Mikhayla Zalindra Bakrie pada pukul 7.25 pagi di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan di sini, Sabtu.
“Alhamdulillah, telah lahir putri pertama kami, Mikhayla Zalindra Bakrie, pada hari Sabtu pukul 07.25 pagi,” kata sumber yang juga ahli keluarga pelakon itu dikenali sebagai Yasmin menerusi kiriman Blackberry Messenger kepada portal Kapanlagi.com.
Nia yang terkenal menerusi drama sinetron Bawang Merah, Bawang Putih itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram itu hasil perkahwinannya dengan usahawan Ardie Bakrie pada April 2010.
Difahamkan, kedua-dua bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat.
“Dengan berat 3130 gram dan panjang 48 cm. Ibu dan anak dalam keadaan sihat,” kata sumber itu lagi.
Dalam pada itu, suaminya Ardie Bakrie tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak di atas kelahiran bayi itu sehingga menitiskan air mata kesyukuran.
“Saya membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh Nia sehingga dia selamat melahirkan anak kami sampai saya menitiskan air mata,” ujar Ardie saat ditemui pemberita di hospital berkenaan.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
No comments:
Post a Comment