Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Friday, November 18, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan


Semalam, di sekolah anak aku telah menganjurkan majlis untuk Hari Anugerah Kecemerlangan di Sekolah Kebangsaan Jempol. Dirasmikan oleh Tn Hj Amir, dari Jabatan Pelajaran NS.


Tahniah kepada anak ku, Oya (nama timangan) telah berjaya dengan cemerlang mendapat tempat pertama untuk sekolah kebangsaan darjah 3 dan sekolah agama juga darjah 3. Aku rasa 4 kali juga anak aku naik ke pentas untuk mengambil hadiah. Hadiah yang dimenangi nya adalah:

1. Tempat pertama dalam kelas
2. Tempat pertama sekolah kebangsaan dgn 5 mata pelajaran terbaik
3. Tempat pertama dalam sekolah agama
4. Tempat pertama sekolah agama dgn 6 mata pelajaran terbaik




Yang menariknya di sekolah ini, walau dapat 1 mata pelajaran terbaik pun dapat hadiah. Memang bagus dapat beri semangat kepada budak-budak sekolah.

Semoga Oya bertambah cemerlang untuk tahun 4 akan datang seterusnya untuk UPSR 3 tahun lagi...

Majlis ini berlangsung lebih kurang 4 jam. Ramai budak-budak sekolah dapat hadiah disamping persembahan seperti tarian, nasyid dan muzik oleh budak2 sekolah

Chicken Dance Persembahan Budak pra-sekolah. comel-comel



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...