Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda dapat RM30,000


Selepas skuad bola sepak berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan penuh dramatik menumpaskan Indonesia di hadapan 100,000 penyokong fanatik Garuda, kejayaan mereka telah mendapat pengiktirafan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad yang berasa bangga akan kemenangan tersebut menitahkan akan memberi ganjaran sebanyak RM30,000 bagi setiap pemain dan pegawai yang telah berjuang mengharumkan nama negara sehingga berjaya meraih emas dua kali berturut-turut.

Pengumuman itu telah disampaikan oleh pengurus pasukan bola sepak negara ke Sukan SEA XXVI Indonesia yang juga Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM pada sidang media mengenai Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, semalam.

''Tuanku selaku Presiden FAM akan memberi sumbangan peribadi RM30,000 bagi setiap pemain dan pegawai yang memenangi pingat emas Sukan SEA pada perlawanan akhir.

''Ganjaran ini bukannya datang dari FAM tetapi merupakan daripada tuanku sendiri yang amat berbesar hati melihat kejayaan pasukan negara.

''Tuanku juga sedia maklum yang kejayaan kali ini berlainan yang kita capai dua tahun lalu semasa era Datuk K. Rajagobal selaku jurulatih dan Datuk Subahan Kamal (pengurus) kerana ini menunjukkan pembangunan bola sepak sedang berterusan.

''Bukan itu sahaja, kejayaan ini membuktikan pingat emas yang kita menangi dua tahun lalu bukan atas faktor nasib semata-mata malahan skuad kali ini tidak pernah tewas sepanjang saingan Sukan SEA dan paling manis di samping meraih emas di Stadium Gelora Bung Karno," katanya pada sidang media.

Skuad Harimau Muda berjaya mendiamkan 100,000 penyokong setia Indonesia apabila sepakan penalti terakhir ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar mencecah jaring bagi memastikan ibu segala pingat emas menjadi milik Malaysia.

Selain daripada mendapat ganjaran RM30,000, anak-anak buah Ong Kim Swee juga menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila mereka semua akan diterbangkan ke Sydney, Australia pada pertengahan bulan Disember ini.

''Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan, tuanku juga bersetuju agar membawa skuad Harimau Muda dibawa menjalani latihan luar negara dan pilihan kali ini adalah di Australia.

''Mereka akan berada di sana selama dua minggu dan menjalani perlawanan persahabatan dengan sekurang-kurangnya tiga kelab elit Liga Australia

''Cadangan ini juga mendapat sokongan penuh daripada MSN (Majlis Sukan Negara)," katanya

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...