Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, November 23, 2011

Jawab 8 soalan dapat RM1 Juta


MONEY Drop adalah pertandingan kuiz dalam rancangan televisyen tempatan yang menawarkan hadiah paling lumayan buat para pemenangnya iaitu wang tunai RM1 juta.

Rancangan terbitan Endemol Malaysia yang akan disiarkan di Astro Prima setiap Sabtu dan Ahad mulai 3 Disember ini juga berbeza dengan rancangan lain.

Tidak seperti pertandingan lain yang menyediakan hadiah seperti kereta dan barangan elektrik, Money Drop menyediakan wang tunai RM1 juta dengan menjawab lapan soalan sahaja.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, rancangan itu bukan sahaja berbeza dengan rancangan seperti Roda Impian, malah wang tunai yang ditawarkan juga lebih lumayan daripada itu.

“Rancangan ini telah terbukti sambutannya kerana imbuhan wang tunai yang lumayan selain mendapat sambutan di 33 buah negara sewaktu ia ditayangkan di negara-negara terbabit.

“Money Drop pernah mendapat anugerah British Academy of Arts Film dan Anugerah Televisyen di United Kingdom pada tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Azlin, rancangan yang menampilkan soalan-soalan kuiz daripada pelbagai topik itu sesuatu yang sukar diduga biarpun hanya lapan soalan disediakan untuk setiap peserta.

Ini kerana, katanya, setiap peserta yang ditampilkan berpasangan itu mampu membolot RM1 juta yang ditawarkan tetapi pada masa sama juga berdepan risiko jika tersalah percaturan.

“Sebagai contohnya, setiap peserta akan diberi masa 60 saat untuk menjawab satu soalan di mana jika mereka tidak yakin jumlah wang tunai RM1 juta itu boleh dipecah-pecahkan.

“Wang tunai yang diletakkan di tempat jawapan yang salah akan jatuh ke lubang bahagian bawah dan itu bermakna peserta terbabit akan kehilangan wang tersebut,” ujarnya.

Money Drop yang dirakamkan sebanyak 26 episod mendapat sambutan ramai apabila uji bakat yang diadakan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur disertai lebih 2,000 peserta.

Lebih menambahkan kepelbagaian setiap peserta yang ditampilkan berlainan latarbelakang pendidikan dan kerjaya di mana ia akan memperlihatkan tahap kepintaran yang berbeza.

“Soalan yang diketengahkan menampilkan topik-topik yang berkaitan dengan pengetahuan am di mana setiap soalan mempunyai jawapan hampir sama supaya setiap peserta membuat analisis.

“Di sinilah perlunya semangat berpasukan kerana mereka harus bijak menjawab soalan dan membuat strategi supaya dapat membolot wang tunai sebanyak yang mungkin,” ujarnya.

Ternyata Money Drop membawa risiko yang bukan kepalang kerana di hadapan setiap peserta dilongokkan wang tunai RM1 juta sehingga pelbagai langkah keselamatan diambil.

Antaranya setiap peserta termasuklah media massa yang membuat liputan tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit selain kawalan pasukan keselamatan yang ketat.

AC Mizal yang diberi kepercayaan mengacarakan rancangan itu juga tidak menafikan berasa gugup apabila berada di depan wang tunai RM1 juta.

“Ini pertama kali saya tengok wang tunai RM1 juta di depan mata. Sebelum ini memang ada pertandingan yang menyediakan wang tunai tetapi pemenang akan menerimanya kemudian.

“Sedangkan dalam pertandingan ini wang tunai RM1 juta itu sudah menanti di depan mata sebelum mereka menjawab soalan lagi. Itu adalah tarikan dalam pertandingan ini,” jelasnya.

Sewaktu diajukan persoalan mengapa dia sering dipilih sebagai pengacara dalam rancangan-rancangan terbitan Astro, jelas AC semua itu atas pemilihan stesen terbabit.

Apatah lagi, kata bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia musim kesembilan itu, pemilihan itu kerana dia salah seorang artis bertaraf residen yang bernaung di bawah Astro.

“Walaupun saya mengacarakan banyak rancangan seperti Maharaja Lawak Mega dan Money Drop tetapi pendekatan atau penampilan saya tidak sama di antara satu sama lain.

“Contohnya, dalam Maharaja Lawak Mega saya lebih santai dan kurang serius, manakala dalam Money Drop cara pengacaraan saya lebih formal termasuklah daripada segi pakaian,” jelasnya


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...