Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Wednesday, November 30, 2011

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 LULUS


Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak akhirnya diluluskan selepas melalui perbahasan kira-kira dua setengah jam pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Rang Undang-undang itu dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Nov lepas. Bacaan kali pertama pada 22 Nov oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Walaupun anggota parlimen dari pembangkang bertindak keluar Dewan ketika sesi penggulungan, rang Undang-undang itu tetap diluluskan dengan enam pindaan telah dilakukan yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, Mohamed Nazri berkata, apa yang dilakukan kerajaan berhubung rang undang-undang berkenaan tidak melanggar Perlembagaan negara dengan intipati pentingnya adalah untuk memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan elemen-elemen kebebasan berhimpun secara aman iaitu hak berhimpun tanpa senjata. — Bernama



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~



google: Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, perhimpunan aman 2011, kandungan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, fakta Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, keputusan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...