Macam tak lama lagi je nak mengundi ni.. Harap-harap tarikh mengundi tu jatuh pada masa yang sesuai. Tapi aku rasa mengundi/pilihanraya mungkin hujung tahun ni...
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 sekiranya tiada pilihan raya umum diadakan sebelum itu.
Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada tarikh tersebut kerana mandat rakyat kepada kerajaan masa kini untuk memerintah telah berakhir.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013 Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar pada tarikh itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agribisnes Negara (Teman) di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Majlis penerangan tersebut dihadiri lebih 6,000 orang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, kakitangan awam dan rakyat Kelantan.
Noordin berkata, selepas tarikh tersebut, SPR akan segera memainkan peranan untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, beliau berkata, SPR masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan bahan itu termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
"SPR masih mengkaji cadangan itu, kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram yang memudaratkan seperti memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.
"Bagaimanapun, sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tidak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan Parlimen ke Parlimen lain seperti yang didakwa pihak pembangkang.
Tegasnya, SPR tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang negara untuk melakukannya melainkan atas permohonan pengundi itu sendiri.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
google: mengundi hujung tahun, tarikh mengundi, jangkaan mengundi, tarikh pembubaran parlimen, waktu mengundi, semak daftar pengundi, PM umum tarikh pembubaran parlimen, spr umum tarikh mengundi, tarikh pilihan raya umum, jangkaan pilihanraya
Sports Photography
-
* Sports Photography*
*Price start from rm200*
*Sports ~ Football, Futsal, Golf, Badminton, etc*
Call/SMS/WhatsApp : *016.3603644*
*Klik sini untuk W...
No comments:
Post a Comment