Honda dah keluarkan edisi khas dengan hanya 500 unit sahaja. No pendaftaran pun unik juga. Harga bermula dari RM92,890. Keterangan lanjut layari HONDA
Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) hari ini menawarkan jualan 500 buah edisi khas kereta Honda City generasi ketiga.
Pengarah Urusannya dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, model edisi khas itu bukan sahaja dilengkapi dengan reka bentuk gaya dinamik tetapi juga paling utama menawarkan nilai bagi wang yang dibayar.
Ueno berkata, model Honda City yang berada di pasaran sudah pun memiliki reka bentuk praktikal termasuk peningkatan kecekapan minyak dan pengeluaran kuasa, ruang dalaman dan utiliti melepasi jangkaan bagi sedan kecil.
Sekarang, edisi khas Honda City dilengkapi aero kit penuh Modulo, mengekalkan empat kualiti utama - prestasi, gaya, praktikal dan terbaik dalam kelasnya.
Kelebihan teknologi enjin i-VTEC membolehkan kenderaan itu mencapai kecekapan minyak dan pengeluaran kuasa pada masa yang sama.
Malah, Honda Malaysia menawarkan 500 pemilik Honda City edisi khas ini memilih nombor pendaftaran khas antara 001 hingga 500.
''Pemilik model Honda City ini akan mempunyai pilihan nombor yang mengekalkan SE pada pendaftaran - contohnya City SE 001,'' kata beliau.
Sebagai tambahan, Honda City edisi khas ini akan dipasang cermin gelap dengan lapisan kawalan sinar matahari menggunakan teknologi nano termaju.
Kereta Honda City terkini itu hanya ditawarkan untuk warna 'Polished Metal' dan 'Tafetta White' dengan harga di atas jalan RM92,890 sebuah.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
google: new Honda City, edisi khas Honda City, harga new Honda City, harga Honda City special edition, gambar honda city special edition, bodykit honda city, harga terbaru honda city, warna terbaru Honda City, lokasi pameran Honda City, harga terbaru Honda City, Honda City pictures
Sports Photography
-
* Sports Photography*
*Price start from rm200*
*Sports ~ Football, Futsal, Golf, Badminton, etc*
Call/SMS/WhatsApp : *016.3603644*
*Klik sini untuk W...
No comments:
Post a Comment