Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Saturday, October 22, 2011

Yasmin Hani bernikah dengan Sha'arin Black Rose


Pelakon, pengacara dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson, 32, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Sha'arin Mohammed Razali Wong di Duchess Place, Jalan Ampang di sini, pukul 3.45 petang tadi.

Dengan sekali lafaz bekas pemain dram kumpulan rock Black Rose itu sah bergelar suami kepada selebriti itu yang dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdullah Hashim dengan mas kahwin RM80 dan hantaran sebanyak RM32,000.

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran antaranya senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan beg, manakala pengantin perempuan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran termasuklah sebuah tafsir al-Quran, kamera digital dan sejadah.

Selepas akad nikah itu majlis resepsi diadakan di tempat sama di mana adik Sha'arin iaitu Qushairi dan anak saudara Yasmin Hani iaitu Liyana Azmi menjadi pengapit pasangan mempelai terbabit.

Kira-kira 500 tetamu hadir pada majlis resepsi yang bertemakan klasik dan moden Inggeris.

Kedua-dua pasangan pengantin mengenakan hasil rekaan Hatta Dolmat Couture selain barangan kemas tajaan K.M. Oli Muhamed.

Ini adalah perkahwinan Sha'arin yang ketiga selepas bercerai dengan pelakon Ida Nerina, baru- baru ini.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...