Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Saturday, October 8, 2011

Hospital Wanita di HKL


Hospital khusus untuk golongan wanita dan kanak-kanak yang akan ditubuhkan menerusi Belanjawan 2012 dijangka dibina berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata dengan pembinaan tersebut ia diharap dapat membawa banyak manfaat kepada golongan sasaran.

"Dengan tertubuhnya hospital yang dibina untuk tujuan tersebut itu nanti, saya berharap rawatan terhadap kanak-kanak dan wanita akan menjadi lebih baik,seterusnya proses rawatan pesakit-pesakit ini akan menjadi lebih teratur,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majis Pelancaran Program Siswa Sihat1Malaysia Zon Tengah 2011.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam berkata hospital tersebut akan dibina melalui perkongsian awam swasta dengan kos sebanyak RM700 juta.

Beliau berkata hospital tersebut akan dilengkapi dengan doktor dan petugas-petugas yang khusus mempunyai kepakaran yang berkaitan dengan wanita dankanak-kanak.

Sementara itu, Rosnah berkata kerajaan telah membelanjakan RM1.3 bilion padatahun lepas bagi membeli ubat-ubatan untuk merawat penyakit tidak berjangkit (NCD) antaranya seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Beliau berkata kos tersebut dijangka meningkat setiap tahun kerana pesakitNCD yang bertambah dan meningkat pada tiap-tiap tahun.

"Kita jangkakan secara puratanya kos untuk pembelian ubat ini akan meningkat setiap 12 peratus setahun, ini adalah kerana mereka yang menghidapi penyakit NCD ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun," katanya.

Rosnah berkata sebanyak 144,459 pesakit telah dimasukkan ke hospital kerajaan pada tahun lepas disebabkan penyakit NCD tersebut.

Menurutnya lagi pada tahun lepas, penyakit NCD merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital milik Kementerian Kesihatan di mana sebanyak 25.4 peratus pesakit telah dilaporkan meninggal dunia.

Katanya 11,812 kematian adalah berpunca daripada penyakit NCD. -BERNAMA


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...