Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Wednesday, October 12, 2011

Jalan sekitar KL ditutup Sabtu dan Ahad untuk acara basikal


Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu manakala pada Ahad pula, jalan yang terbabit akan mula ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan tersebut.

Jalan tersebut ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.

Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar. - BERNAMA



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...