Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, October 14, 2011

Pemilihan rumah mampu milik Putrajaya secara undian

PEGAWAI Audit Dalaman KPMG, Mohd Khaidzir Shahari memasukkan nombor cabutan untuk lebih 7,000 permohonan bagi 560 unit rumah mampu milik fasa pertama di Putrajaya, semalam

Semua proses pemilihan pemohon mendapatkan 560 unit rumah mampu milik fasa pertama menerusi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dijalankan secara undian terbuka dan dipantau firma juruaudit perunding bertauliah, KPMG Audit, Risk & Compliance Services (KPMG) bagi menjamin ketelusannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata proses permohonan itu turut dipantau Jawatankuasa Penapisan dianggotai wakil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa agensi lain bagi memastikan mereka yang layak saja mendapat kemudahan rumah itu.

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana sejak permohonan dibuka 30 September lalu, PR1MA menerima 7,113 permohonan iaitu 13 kali ganda berbanding bilangan rumah yang diperuntukkan dalam fasa pertama projek itu.

Berikutan itu, katanya, PR1MA juga akan membahagikan senarai utama permohonan kepada dua kategori iaitu warna biru bagi mereka yang belum memiliki rumah (5,943 permohonan atau 84 peratus) dan baki 1,170 permohonan lagi berwarna merah bagi menandakan pemohon sudah memiliki sebuah rumah.

"Permohonan itu kemudian dimasukkan dalam kotak undi lut sinar sebelum dikunci dan disimpan dalam bilik kebal serta diawasi rapi KPMG.

"Kotak itu hanya akan dibuka Sabtu ini (esok) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika proses mencabut undi dilakukan di Kompleks Kejiranan Presint 11," katanya kepada pemberita sebelum meninjau proses memasukkan nombor cabutan undi dalam peti lut sinar, sambil dipantau wakil KPMG, di sini semalam.

Projek PR1MA dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta itu khusus untuk rakyat berpendapatan sederhana, tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka bekerja kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
Harga seunit rumah PR1MA ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi, tetapi untuk projek fasa pertama di Presint 11, harga seunit bermula daripada RM120,000.

Mengulas lanjut, Abdul Mutalib berkata, berpandukan nisbah diterima bagi kategori berkenaan, pembahagian cabutan undi Sabtu ini adalah 468 bagi kategori warna biru dan 92 untuk kategori warna merah jambu, menjadikan jumlah keseluruhan 560 undi.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...