Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, October 14, 2011

Portugal gagal tempah slot ke pusingan akhir Euro 2012


Denmark menempah slot ke pusingan akhir Euro 2012 apabila menundukkan Portugal 2-1 semalam.

Kemenangan itu membolehkan Denmark mengatasi Portugal sebagai juara Kumpulan H, bermakna Portugal terpaksa melalui perlawanan playoff bagi mencari tempat ke kejohanan di Poland dan Ukraine tahun depan.

Jaringan Michael Krohn-Dehli dan Nicklas Bendtner meletakkan Denmark mendahului 2-0 setakat minit ke-63, sebelum Cristiano Ronaldo merapatkan jurang pada masa kecederaan melalui sepakan percuma.

“Ia cukup menggembirakan. Malahan kami berpeluang menambah jumlah gol tetap terlepas peluang melakukannya, ” kata jurulatih Denmark, Martin Olsen.

Denmark mengumpul 19 mata, tiga mengatasi Portugal dan Norway.

Norway yang mengatasi Cypurs 3-1, gagal melayakkan diri ke perlawanan playoff kerana perbezaan gol dengan Portugal.

Denmark mendapat gol pertama hasil rembatan deras Krohn-Dehli selepas mendapat umpanan Christian Eriksen.

Portugal yang berada dalam tekanan cuba mendapatkan jaringan melalui Ronaldo dan Nani namun gagal menemui sasaran.

Bendtner, Dennis Rommedahl dan Krohn-Delhi mempunyai peluang untuk menambahkan jaringan selepas rehat.

Thomas Sorensen sekali lagi muncul penyelamat dengan menafikan percubaan Nani pada minit ke-55.

Namun, Bendtner memberikan kelegaan kepada penyokong tuan rumah apabila bijak memanfaatkan hantaran silang Rommedahl untuk mudah menolak masuk gol kedua Denmark. – Agensi

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...