Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Monday, October 24, 2011

Manchester City belasah Manchester United 6-1


Itulah hakikatnya Manchester United telah diaibkan dan dibelasah dengan jaringan besar oleh Manchester City. Ini menunjukkan betapa kuatnya Manchester City untuk EPL kali ini. Dan aku jangkakan Manchester City boleh menjuarai EPL kali ini dengan prestasi jaguh lain seperti Liverpool dan Arsenal yang tidak konsisten. Manakala Chelsea pula kalah mengejut kepada QPR 0-1.

Kemenangan Man City bermakna mereka melebarkan kelebihan lima mata daripada United selepas sembilan perlawanan.

Mario Balotelli memulakan pesta gol City pada minit ke-22 hasil rembatan menarik ke bahagian penjuru gawang United bagi meletakkan skuad bimbingan Roberto Mancini mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Nasib malang Red Devils bermula apabila Johathan Evans dilayangkan kad merah, empat minit sebaik separuh masa kedua bermula dari detik itu, penguasaan City jelas sukar digugat.

Balotelli menambah gol kedua City pada minit ke-59 sebelum pemain antarabangsa Argentina, Sergio Aguero meletakkan Citizens semakin selesa dengan gol ketiga, 10 minit kemudian.

Walaupun Darren Fletcher merapatkan jurang pada minit ke-81, Edin Dzeko kembali menjarakkan kedudukan buat City pada minit ke-88 sebelum David Silva dan Dzeko sekali lagi menambah sengsara United dengan dua gol pada minit ke-91 dan 93.

Keputusan Perlawanan Malam tadi:

Arsenal 3 - Stoke 1
Fulham 1 - Everton 3
Manchester United 1 - Manchester City 6
Balckburn 1 - Totthenham 2
QPR 1 - Chelsea 0



~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~


google: Manchester United kena belasah, Manchester United kalah kepada manchester city, manchester city menang ke atas Manchester United, jadual epl, jadual perlawanan Manchester United, Manchester United kalah teruk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...