Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Sunday, October 23, 2011

Pemain NS dapat RM200,000

Hoben jang Hoben. Cayalah Negeri Sembilan dapat masuk Final Piala Malaysia. Masuk final dapat 200, 000 tu belum menang lagi Piala Malaysia, berapa laa agaknya diorg dapat?? Aku sokong NS untuk menang Piala Malaysia nanti :) . Konfem ramai org kampung, sedara mara aku pi tengok final ni...  Hoben Jang Hoben!!!


Skuad bola sepak Negeri Sembilan menerima insentif RM200,000 semalam, ekoran prestasi cemerlang pemain dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Imbuhan itu merupakan suntikan semangat daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) kepada pemain dan barisan jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, setelah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia.

Insentif tersebut disampaikan Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada ketua pasukan, Shukor Adan pada majlis makan tengah hari bersama pemain di Klana Resort, di sini, semalam.

Mohamad, yang juga Menteri Besar berkata, walaupun jumlah insentif itu tidak seberapa, namun ia merupakan sebahagian usaha pihak persatuan untuk menghargai komitmen pasukan yang sentiasa gigih berjuang di sepanjang saingan Piala Malaysia tahun ini.

"Saya memberikan sedikit buah tangan kepada pemain setelah berjaya sehingga ke peringkat ini.

"Imbuhan ini tidak sebanyak yang diberikan oleh pasukan lain tetapi PBNS sentiasa menjaga soal kebajikan para pemain," katanya pada majlis tersebut.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...