Menurut bekas Perdana Menteri itu, ia bagi mengelakkan pakatan pembangkang yang menguasai empat negeri tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi menumpukan kepada strategi pilihan raya di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN).
Kata Dr. Mahathir, kemungkinan itu tidak dapat ditolak kerana negeri-negeri dikuasai pembangkang berhak untuk membuat keputusan membubarkan DUN masing-masing.
"Parti lawan tak akan bubar empat negeri yang ada dalam tangan dan mereka tumpu pada negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan.
"Kalau diadakan pilihan raya dekat dengan 'idahnya' iaitu lima tahun, nak tak nak dia kena bubar jugalah, yang ini saya percaya pihak kerajaan ambil kira juga," katanya selepas menerima kunjungan peserta Larian Sahara di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Tarikh mandat kerajaan sedia ada akan tamat adalah pada 24 April 2013.
Dr. Mahathir berkata, ilhamnya tidak sama dengan ilham orang lain dan apa yang beliau nampak mungkin orang lain dan kerajaan tidak nampak iaitu belum ada keperluan pilihan raya diadakan secara tergesa-gesa.
Ini kerana jelasnya, persiapan perlu dibuat sebelum pilihan raya seperti mengadakan ujian dan kaji selidik untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan selain perlu mengotakan janji-janji.
~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~
pandai mahathir, tapi sebenarnya dah lama kite tahu. Sebab tu najib gusar kalo buat pilihanraya umum awal, kerana kelebihan 4 negeri amat besar bagi pembangkang
ReplyDelete