Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Wednesday, October 12, 2011

Stadium Shah Alam gelanggang akhir Piala Malaysia


Teka-teki berhubung venue perlawanan akhir Piala Malaysia terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Stadium Shah Alam akan menjadi gelanggang final piala berprestij itu 29 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, pemilihan venue tersebut menggantikan Stadium Nasional Bukit Jalil, yang sedang dalam proses penyelenggaraan.

Menurutnya, perbincangan bersama pihak Stadium Shah Alam diadakan semalam.

Pihak stadium memberikan persetujuan untuk mempersiapkan venue tersebut untuk perlawanan akhir itu nanti.

"Kami mengarahkan pihak Stadium Shah Alam agar memperbaiki beberapa perkara sebelum berlangsungnya perlawanan akhir seperti lampu, padang dan tempat duduk.

"Mereka berjanji akan memperbaiki semua perkara itu sebelum 22 Oktober ini.

"Sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, kita masih mempunyai pilihan lain untuk venue perlawanan akhir yang tidak boleh saya dedahkan ketika ini," katanya selepas Mesyuarat JKPT di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Ini adalah kali keenam Stadium Shah Alam digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia sejak 1994 yang menyaksikan Pahang kecundang 0-4 kepada Singapura.

Kali terakhir Stadium Shah Alam digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada 2000 di antara Perak dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Hamidin memberitahu perbincangan berhubung pertukaran pasukan yang bakal beraksi dalam Liga Malaysia dan Liga Singapura, hampir mencapai persetujuan dalam aspek berkaitan syarat-syarat dalam liga kedua-dua negara.
"Seperti sedia maklum pasukan Harimau Muda A akan beraksi dalam liga di Singapura manakala skuad Young Lions akan bermain dalam Liga Malaysia.

"Bagi skuad Harimau Muda A, mereka akan menjalani latihan di sini dan sekiranya ada perlawanan barulah mereka akan ke sana.

"Kita masih belum dimaklumkan berhubung stadium mana yang akan digunakan sebagai laman sendiri di Singapura," kata Hamidin.

Hamidin meminta persatuan bola sepak tempatan segera membuat pendaftaran pemain untuk musim depan sebelum 31 Oktober ini bagi mengelakkan sebarang kerumitan.

"Setakat ini hanya Selangor yang menghantar secara lengkap berkaitan dokumen yang diperlukan bagi menghadapi musim 2012.

"Saya harap semua persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab supaya segera melakukannya, sekiranya gagal berbuat demikian tindakan akan diambil ke atas mereka," jelas Hamidin.

~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

google: perlawanan akhir Piala Malaysia, tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia, tarikh final Piala Malaysia, pasukan mara ke Piala Malaysia, gambar perlawanan akhir Piala Malaysia, keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia, juara final Piala Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...