Pakej Fotografi Bajonz Jambul Cool Ice cream

Followers

Friday, October 14, 2011

Honda Malaysia kurang bekalan


Honda Malaysia Sdn Bhd berdepan dengan kekurangan bekalan komponen, yang akan melewatkan penyerahan produk berikutan penggantungan kilang pengeluarannya di Ayutthaya, Thailand.

Honda Automobile (Thailand) Co Ltd terpaksa menangguhkan pengeluarannya susulan banjir besar melanda negara itu sekarang ini, demikian menurut Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Penggantungan berkenaan memberi kesan yang tidak dapat dielak terhadap pengeluaran Honda Malaysia setelah kilang di Ayutthaya, bersama-sama dengan pembekalnya di kawasan yang sama yang operasinya juga digantung, menyediakan sejumlah besar peralatan bagi model komponen terurai iaitu City, Civic, Accord dan CR-V.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Yoichiro Ueno berkata, sejak Isnin, syarikat mengurangkan keluarannya di kilang Melaka bagi memanjangkan pengeluaran menggunakan stok yang ada.

"Kami kesal akan berlaku kelewatan dalam penyerahan produk setelah pengeluaran di kilang kami perlahan disebabkan oleh penggantungan bekalan komponen.

"Bagaimanapun, masa penyerahan bagi semua unit model siap bina kami tidak terjejas pada masa ini,” katanya.

Ueno berkata, kilang Ayutthaya terus dilanda banjir dan tidak boleh diakses oleh jalan sehingga sekarang.

"Ini menjadikan sukar bagi kami untuk menganggarkan masa pulih.

Bagaimanapun, kami akan menilai keadaan setiap hari dan berharap yang terbaik walaupun kami menjangka pemulihan mungkin mengambil masa daripada yang kami jangka sebelumnya,” katanya. - Bernama


~ http://bajonzjambul.blogspot.com ~
~ http://bajonzphoto.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...