Sports Photography
-
* Sports Photography*
*Price start from rm200*
*Sports ~ Football, Futsal, Golf, Badminton, etc*
Call/SMS/WhatsApp : *016.3603644*
*Klik sini untuk W...
Thursday, June 9, 2016
Buku Resepi Datuk Fazley Tewaskan 200 Chef Selebriti Dunia
Buku resepi pertama tulisan Datuk Fazley Yaakob, My Sucre Story memenangi tempat pertama di Pertandingan Buku Resepi Antarabangsa yang diadakan di China.
Buku yang mengandungi 35 resepi menjadi juara bagi kategori Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe (Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV Luar Eropah) mengalahkan Ana Maria Braga dari Brazil dan Judy Ann Santos Agoncillo peserta Filipina untuk tiga tempat teratas.
Pengumuman untuk pertandingan tersebut telah diadakan di Yantai, China pada 29 Mei lalu sempena festival makanan di negara tersebut.
Pertandingan tersebut merupakan anjuran Gourmand International di Barcelona, Sepanyol itu disertai 205 buah negara dari seluruh dunia.
Juara Masterchef Selebriti itu telah melancarkan My Sucre Story pada bulan Mac 2016 di Singapura dan Oktober 2015 di Paris Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris, tempat pengajian beliau sebelum ini.
Antara resipi yang diketengahkan dalam buku My Sucre Story ialah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron, Puteri Mandi dan resepi warisan dari negeri kelahiran Fazley, Negeri Sembilan.
Buku ini turut memuatkan resipi-resipi moden dan manisan-manisan dari Perancis untuk citarasa anak muda yang ingin cuba memasak dan baking untuk kali pertama.
The World Gourmand Cookbook Awards ini memberi makna sangat besar kepada penulis buku masakan, tarafnya sebaris Anugerah Oscars dan Sukan Olympic bagi mereka.
Pertandingan Gourmand World Cookbook Awards bermula pada tahun 1995 dan memberi pengiktirafan kepada chef dari semua pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi yang unik dan berkualiti.
Pada tahun 2006, Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini.
~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment