Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Tuesday, May 31, 2016

Pak Nil sangkal dakwaan guna Botox


Pengacara terkemuka, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, 54, menyangkal dakwaan yang mengatakan dia mengambil suntikan botoks untuk tujuan mencantikkan wajah.

Tampil muda berbanding usia sebenar, Pak Nil mencerita pengalaman lalunya yang berhabis demi menjaga penampilan wajah.

“Dahulunya, saya sanggup berhabis wang beribu-ribu ringgit sebulan demi menjaga penampilan wajah. Namun begitu, saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya mengambil suntikan botoks kerana ianya memudaratkan.

“Mustahil saya gunakan botoks kerana jika benar, pastinya saya tidak boleh memberikan reaksi wajah yang berbeza-beza, sama ada sedih, gembira atau pun terkejut setiap kali saya mengacarakan mana-mana program di kaca televisyen. Saya hanya melakukan rawatan yang selamat serta tidak membahayakan dan berjumpa dengan pakar dermatologi,” kata Pak Nil kepada Astro Gempak.

Muncul dengan produk penjagaan wajah jenama sendiri iaitu Anell by Aznil Nawawi, Pak Nil mahu berkongsi rahsia kepada peminat di luar sana.

“Menerusi Anell, saya menemui jalan penyelesaian untuk menjaga wajah secara murah dan selamat. Saya bersama dengan rakan kongsi, Aisyah Nik Jaafar berusaha mencari formulasi berkesan dalam merealisasikan Anell.

“Produk ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan dalam pembungkusan yang sangat menarik, hanya RM199 sahaja. Produk ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan, malah ia juga lulus ujian makmal dan mendapat lesen Kementerian Kesihatan Malaysia,” katnya lagi.

Untuk sebarang informasi lanjut mengenai produk ini, lawati laman Instagram @anell_official dan laman Facebook berikut, www.facebook.com/anellbyaznilnawawi. Produk ini mula dipasarkan pada 1 Jun 2016.

~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...